Jangan Salah Pilih Material Sticker Nanti Rugi.

Kesilapan banyak dilakukan oleh peniaga adalah membuat tempahan sticker tanpa mengetahui pilihan material sticker yang Sesuai. Ini selalunya berakhir dengan kerugian. Jangan terpedaya dengan harga murah.



Ketahui Jenis-Jenis Sticker dan Kegunaannya.


Mirrorkote Sticker

Mirrorkote sticker berasaskan kertas, Ianya sesuai digunakan untuk produk kering. Biasa di gunakan untuk produk makanan dan doogift. Ianya juga masih boleh digunakan untuk produk-produk cecair akan tetapi cara pengurusan perlu lebih cermat. Finishing Matt Lamination atau Gloss lamination boleh menambah ketahan sticker ini.

- Harga : Murah

- Ketahanan : Tidak Kalis Air


Sticker Lutsinar (Transparent Sticker)

Sticker ini berasaskan plastic, Lebih tahan lasak dari mirrorkote sticker, kebiasaan digunakan sebagai labelling untuk produk seperti perfume.

- Harga : Lebih Tinggi dari Mirrorkote sticker

- Ketahanan : Kalis Air


PVC Sticker / PPE Sticker

Sticker ini berasaskan PVC dan ianya adalah pilihan terbaik untuk produk-produk berasaskan cecair seperti Perfume, Air Minuman dan sebagainya.

- Harga : Lebih Tinggi dari Transparent Sticker dan Mirrorkote Sticker

-Ketahanan : Tahan Lasak / Kalis Air.


Dengan info ini diharap dapat membantu anda untuk membuat tempahan mengikut kesesuaian kegunaan.


Inginkan pelbagai info tentang percetakan dan perniagaan. Like page Sampulraya.net



10 views

 All rights reserved. By Syed M Jeffri Resources