KENAPA BOX SAYA TAK KERAS MACAM BOX PRODUK LAIN.



Kalau kita menjadi pengusaha sesuatu jenama produk sudah pasti telah menggunakan sejumlah modal untuk process pengeluaran ini termasuk modal untuk membuat packaging kepada produk tersebut.


Sudah semestinya kita ingin kan box yang terbaik dengan harga yang memuaskan, terbaik dimaksudkan disini design yang mengikut citarasa yang kita rasakan mampu menaikan minat pembeli untuk membeli dan packaging yang keras mampu menampung barangan atau produk tersebut. Bukan box dengan material yang tidak bersesuaian yang akan menyebabkan box tersebut tidak keras dan tidak dapat menampung berat produk.


Dengan itu sebelum membuat tempahan bagi packaging sesuatu produk kita perlu tahu material yang bersesuaian untuk digunakan untuk membuat packaging tersebut.


Berikut adalah material yang kebiasaannya digunakan untuk membuat packaging bagi sesuatu produk.


260gsm art card glossy.

Material ini kebiasaannya digunakan untuk membuat box bagi tujuan doorgift atau hadiah untuk mengisi barangan yang tidak berat, seperti cookies, gula-gula, drinking water yang kecil dan lain-lain.


Untuk material ini juga sesuai digunakan untuk produk-produk yang kecil seperti lipbalm dan sebagainya.


300/310gsm art card glossy

Material ini yang biasa di gunakan untuk membuat box produk, ini kerana ianya berpatutan dan tahap ketebalan dan membuatkan box tersebut agak keras berbanding dengan material sebelum ini. Ditambah pula dengan Gloss laminate mahupun matt laminate.


350gsm art card glossy

Jika beringinan untuk mempunyai box yang lebih keras di sarankan menggunakan material ini, ianya lebih tebal berbanding 300/310gsm artcard. Dengan penggunaan material ini ianya dapat memberikan kesan pada kekerasan box untuk sesuatu produk akan tetapi kos material ini membuatkan harga tempahan box sedikit lebih tinggi dari biasa.


dan terdapat pelbagai lagi material yang boleh digunakan bagi membuatkan box lebih keras bergantung pada budget anda.










20 views

 All rights reserved. By Syed M Jeffri Resources