Teknik Pemasaran melalui FB ads 

Updated: Sep 27, 2019



Masih ramai perniaga online yang ingin belajar tentang FB ads, Di sini dirungkaikan sedikit sebanyak teknik untuk menjalankan pengiklanan FB Ads. #iklandifacebook #facebookads #pemasaranonline

– Apakah tu FB Ads?

– Camne nak jalankan FB Ads?

– Berapa Kos minima FB ads?

Facebook Advertising (FB Ads)

FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising, FB Ads membenarkan pengguna facebook untuk mengiklankan perniagaan atau produk anda. Tak kira apa jenis perniagaan pun. Selagi anda ada produk selagi tu anda boleh iklankan di facebook. Tapi macam mana pula jika anda tiada produk? Jangan risau, walaupun anda seorang agen hartanah ke insurans ke ataupun buat dropship dan affiliate ke tetap boleh berniaga di facebook. Kemudian, Iklan anda akan dipaparkan pada tiga tempat.. Samada pada Desktop Newsfeed, Desktop Sidebar dan Mobile Newsfeed. Anda boleh pilih nak iklankan pada tempat yang anda suka. Jumlah bayaran minim yang dikenakan oleh pihak FB adalah RM3 untuk 1 hari.

8 LANGKAH UNTUK MULAKAN FB ADS :-

1) DAFTAR LAMAN PERSONAL FACEBOOK DAN LOG IN tidak digalakkan buat page dari luar, nanti akan ada timbul masalah. Jadi, daftar masuk ke akaun facebook anda.

2) CIPTA FANPAGE pergi pada butang ‘create a page’ pada kotak di atas.. Kemudian pilih kategori dan namakan fanpage mengikut kesesuaian perniagaan anda.


Klik butang "Create" untuk daftar page

3) UPDATE KANDUNGAN PAGE DAN HIASI FANPAGE ANDA SUPAYA KELIHATAN MENARIK. UPDATE DAN LENGKAPKAN BUTIRAN- BUTIRAN PENTING SEPERTI TIMELINE COVER, PROFILE PICTURE DAN DETAILS PERNIAGAAN SUPAYA NAMPAK LEBIH PROFESSIONAL DAN MENUNJUKAN ANDA KOMITED DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN.


Pilih page untuk tujuan apa

4) MASUKKAN POST 'Update post' dalam fanpage anda dengan isi kandungan yang berkenaan dengan perniagaan anda sekurang-kurangnya 5-7 post dan perlu menunggu sekurang-kurangnya page telah aktive selama 2 minggu baru FB membenarkan FB Ads di jalankan. Jika tidak FB Ads anda akan di reject. Anda juga boleh post menggunakan video ataupun share link video.



5) LIKE MARKETING Selepas anda selesai ‘perkemaskini’ FANPAGE anda. Barulah anda boleh cari pelanggan ataupun fans anda. Anda boleh menggunakan 2 cara ntuk dapatkan fans sama ada kaedah berbayar atau satu lagi kaedah percuma. Kaedah percuma adalah dengan post pada timeline personal facebook anda dengan memaklumkan tentang perniagaan anda. Cara terbaik ada dengan secara softselling dan bukan terus hardselling. Kemudian, buat iklan like marketing. Taip ‘Ads Manager’ pada kotak warna putih di atas dan tekan ‘Create Ad’ dan pilih objektif – ‘Promote Your Page’. Upload gambar produk anda, kaitkan content body dengan gambar anda. Anda boleh memulakan dengan bajet RM3-RM10 sehari.



6) KAD KREDIT / KAD DEBIT Anda memerlukan sekurang-kurangnya Kad Debit ataupun Kad Kredit untuk kegunakan pembayaran FB Ads.


7) SALES MARKETING Bina satu post yang berkualiti untuk difokuskan pada FB Ads. Pastikan gambar yang profesional dan copywriting yang ‘membunuh’. Pergi pada Ads Manager anda dan tekan Create Ads kemudian pilih objektif ‘Boost Your Post’, pilih post yang anda ingin fokuskan tadi. Setting umur, jantina yang bersesuaian dengan produk anda. Baiklah, untuk permulaan letakkan bajet harian RM5-RM10, pilih bid OCPM. Sebelum tu, asingkan campaign Sales Marketing dan Like Marketing kerana untuk lebih mudah lakukan monitoring. Lebih bagus jika setiap satu campaign ada satu ad set dan satu ad sahaja. Jika nak buat iklan baru, tambah sahaja ad set yang baru dan jangan buat kempen baru kerana nsusah nak monitor.

8) MONITOR IKLAN Selepas menjalankan iklan sama ada untuk Like Marketing dan Sales Marketing. Pantau Kos, Cuba lihat berapa kos per like, jika bawah RM0.30 masih okay lagi cuma perlu perbaiki lagi.



Kami menawarkan perkhidmatan percetakan dengan harga yang berpatutan dan min order yang rendah. www.sampulraya.net call atau whatapp 0182633953

26 views

 All rights reserved. By Syed M Jeffri Resources