RAHSIA CARA NAK TARIK PELANGGAN REPEAT ORDER.

Kita kalau boleh nak la pelanggan terus dan terus menjadi pelanggan kita tak kira la dia beli sebulan sekali ke, 3 bulan sekali ke atau setahun sekali ke asalkan dia terus menjadi pelanggan kita betul tak?


Jom cungkil cara bagaimana nak buat pelanggan kesayangan anda ni buat anda pulak sebagai pembekal kesayangan mereka.


1- Follow Up

Sentiasa follow up pelanggan dari masa ke semasa dengan memberikan offer-offer terkini kepada mereka. Contoh : Hantarkan promosi-promosi/aktiviti kepada pelanggan melalui email/whatsapp/telegram

- Kebaikan : Mereka akan sentiasa mengingati anda atau jenama anda

- Keburukan : Ada diantara pelanggan yang merasakan terganggu dengan follow up ini tadi dan akan lebih menjauh dari menjadi pelanggan repeat order.


2- Free Gift

Memberikan free gift yang berguna kepada pelanggan seperti Kalendar, Sampul Raya, Sampel Produk, voucher dan sebagainya bergantung pada kesesuaian masa dan kos. Contoh : Setiap hujung tahun anda akan memberikan kalendar kepada pelanggan-pelanggan yang telah membuat pembelian dari anda pada tahun tersebut.

- Kebaikan : Pelanggan mengingati anda/jenama anda, Rasa dihargai, rasa istimewa dan jika free gift anda itu mempunyai logo atau jenama anda, secara automatik anda dapat membuat pengiklanan secara percuma seperti kalendar Jenama anda yang pelanggan tadi guna dan gantungkan di rumah atau office mereka.

- Keburukan : Perlu mengeluarkan kos.



3- Membuat event-event tertentu di kedai / office anda

Buat atau adakan event-event tertentu dan menjemput mereka untuk hadir ke lokasi anda. Contoh : Cabutan Bertuah, setiap pelanggan yang membuat pembelian mendapat 1 cabutan bertuah yang mana mereka perlu hadir ke kedai anda untuk menghadiri upacara cabutan bertuah tersebut.

- Kebaikan : Pelanggan tersebut hadir ke kedai anda dan dalam masa yang sama akan melihat promosi-promosi yang anda tawarkan ketika itu.

- Keburukan : Perlu mengeluarkan kos untuk menyediakan hadiah cabutan bertuah.


Walau apa pun idea yang anda gunakan, anda perlu mengetahui matlamat utama yang ingin dicapai iaitu membuat pelanggan tadi terus menjadi pelanggan tetap, membuatkan mereka terus mengingati anda atau jenama anda.





Recent Posts

See All